Kilang Sublimation Printing Baju Malaysia
Sublimation Printing adalah salah satu teknik mencetak yang popular digunakan dalam industri percetakan T-Shirt & Cenderahati. Dalam artikel kali ini kami ingin berkongsi sedikit pengetahuan berkenaan apa yang dimaksudkan dengan Sublimation Printing. Ini dapat menambah ilmu anda sebagai pelanggan sekaligus dapat mengelakkan anda terkeliru dan lebih yakin semasa membuat tempahan T-Shirt & Cenderahati pada masa akan datang. Antara produk yang boleh dihasilkan dengan Teknik Sublimation Printing ini adalah seperti t-shirt, mug, lanyard dan banyak lagi.
Sublimation Printing adalah kaedah percetakan yang melibatkan pemindahan design dari printer ke atas kertas khas (Sublimation Paper). Kemudian dari kertas pula design dipindahkan ke atas material produk. Design dipindahkan ke atas material produk dengan menggunakan Teknik Pemanasan & Tekanan (Heat Press). Teknik Heat Press akan menjadikan dakwat khas (Sublimation Ink) bertukar kepada gas melalui proses pemejalwapan dan seterusnya diserap masuk ke dalam material produk.
Teknik ini hanya boleh digunakan ke atas material tertentu sahaja. Hanya boleh digunakan ke atas permukaan yang mempunyai lapisan khas yang dikenali sebagai “Coating”. Lapisan ini akan membantu penyerapan imej dari kertas sublimation ke atas material tersebut. Tanpa lapisan ini, gambar tidak dapat dicetak ke atas produk tersebut.
Berikut merupakan senarai pendek proses-proses Sublimation Printing Pakaian:
1. Proses penyediaan artwork atau design dengan menggunakan komputer.
2. Proses mencetak artwork ke atas kertas sublimation menggunakan printer khas (Sublimation Printer).
3. Proses pemindahan design dari kertas khas ke atas fabrik menggunakan Teknik Heat Transfer (menggunakan mesin Heat Press khas)
4. Proses menjahit fabrik kain yang telah bercorak menjadi t-shirt.
5. Proses QC (Quality Control) & proses pembungkusan.
6. Proses serahan/delivery.
Semua proses ini mengambil masa 3-14 hari bergantung pada design, kuantiti & permintaan pelanggan.
Antara kelebihan Teknik Sublimation Printing:
1. Tiada had warna cetakan kerana printer sublimation mampu mencetak full color printing.
2. Kualiti cetakan sangat tinggi & tahan lama.
3. Hasil warna cetakan sangat tepat dengan design & artwork yang dihasilkan.
4. Harga berpatutan bergantung pada kuantiti tempahan.
5. Mampu mencetak pelbagai bentuk design & pattern pakaian.
Kami di Oh! T-Shirt berpengalaman lebih 10 Tahun dalam bidang percetakan pakaian & cenderahati. Sekiranya anda berminat dan bercadang untuk membuat tempahan baju, jersi pasukan dan cenderahati, kami sedia memberikan servis terbaik serta khidmat nasihat percuma berkenaan produk-produk yang kami tawarkan. Harga yang kami tawarkan adalah sangat berpatutan dan semestinya terus dari kilang. Jadi sebagai pelanggan jangan malu bertanya sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau perlukan rundingan harga mengikut bajet anda. Boleh hubungi kami 017-2290994 untuk sebarang pertanyaan.
LOKASI SHOWROOM
Mafeya Apparel
Oh! T-Shirt (Kilang Printing T-Shirt & Embroidery)
32-A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!